Biografi Kiyai Haji Abdurrahman
Ambo Dalle
Details:
ISBN: 9834100760
Author: Muhammad Yusuf Khalid
Date of Published: (Kolej
Universiti Islam Malaysia) 2005
Genre: Agama
Mukasurat: 181 halaman
Synopsis:
Kiyai Haji Abdurrahman Ambo Dalle
adalah seorang tokoh intelektual Islam yang hidup sezaman dengan Muhammad Nasir
dan Hamka di Indonesia. Beliau dilahirkan di Sengkang, Sulawesi Selatan,
Indonesia pada tahun 1900 dan meninggal dunia pada tahun 1996.
Disamping memiliki karisma yang
hebat sebagai tokoh agama, beliau juga memimpin sebuah organisasi dakwah iaitu Darul
Dakwah Wal-Irsyad (DDI) yang tersebar di Sulawesi Selatan, Irian Jaya,
Kalimantan, Jakarta, Jambi dan Riau. Bahkan dikatakan bahawa idea asal
penubuhan Madrasah Arabiah Bugisiyah di Tampo, Johor adalah datang
daripada salah seorang rakan beliau yang juga menjadi tenaga penting dalam
organisasi Darul Dakwah wal-Irsyad, iaitu Kiyai Mahmud Fasih yang pernah
datang ke Johor untuk berdakwah. Hanya kerana masalah birokrasi dan lebih
mementingkan isi daripada nama maka nama sekolah tersebut tidak dinamakan Darul
Dakwah wal-Irsyad sebagai salah sebuah cawangannya di Malaysia sebaliknya
diberi nama Madrasah Arabiah Bugisiyah.
Beliau juga pernah menziarahi
ketua Menteri Sarawak sekarang untuk membincangkan beberapa isu berkaitan
dengan bidang pendidikan agama. Disamping itu ketua menteri Sarawak sendiri
pernah melawat pondok Darul Dakwah wal-Irsyad di Sulawesi Selatan.
Jawatan tertinggi yang pemah beliau pegang di peringkat pusat ialah sebagai
penasihat kepada Majlis Ulama Indonesia (MUI). Bakat kepimpinan beliau yang
ditunjukkan menerusi perkembangan ribuan cawangan Darul Dakwah wal-Irsyad
di seluruh Indonesia selama lebih kurang 60 tahun, menjadikan sejarah hidup
beliau sangat bernilai untuk dibukukan dan seterusnya menjadi rujukan dan
panduan.
KANDUNGAN:
BAB 1 PENGENALAN:
- Geografi Sulawesi Selatan dan Kepercayaan Masyarakatnya
- Kedatangan Islam dan Perkembangannya di Sulawesi Selatan.
BAB 2 BIOGRAFI KIYAI H. ABD.
RAHMAN AMBO DALLE:
- Pendahuluan
- Tempat dan Tarikh Kelahirannya
- Keluarganya
- Latar Belakang Pendidikannya
- Permulaan Kerjayanya Sebagai Guru di Wajo
- Pandangan Islam Terhadap Perkara Ganjil (Keramat, ma'unah)
- Penghijrahan Ke Mangkoso.
BAB 3 PENGLIBATAN DALAM GERAKAN
DARUL ISLAM:
- Pendahuluan
- Penglibatannya Dalam Parti Politik GOLKAR
- Penglibatannya Dalam Tarikat
- Kepemimpinannya Dalam Organisasi
- Sistem Pengurusannya Dalam Organisasi
- Pengurusan Madrasah dan Pasantren DDI:
- Pengurusan Kewangan
- Pengurusan Perpustakaan
- Kegiatan Dakwahnya Saat-Saat Kematiannya.
BAB 4 DARUD DAKWAH WAL-IRSYAD
(DDI):
- Pendahuluan
- Sejarah Ringkas Kewujudan DDI
- Perkembangan MAl Mangkoso Soppeng Riaja
- Peralihan MAI Menjadi DDI
- Asas dan Tujuan Penubuhannya
- Struktur organisasi DDI
- Perpindahan DDI ke Pare-Pare
- Lokasi Pare-Pare yang Strategi
- Perkembangan DDI ke Kabellangan, Pinrang
- Sejarah Ringkas DDI Kabellangan
- Kitab-Kitab yang Digunakan
- Perguruan Tinggi Ad-Dariah
- Yayasan DDI
- DDI Sebagai Sebuah Organisasi Dakwah
- DDI Sebagai Sebuah Organisasi Sosial.
BAB 5 HASIL PENULISAN KIYAI H.
ABD. RAHMAN AMBO DALLE:
- Pendahuluan
- Penulisan K.H. Abd. Rahman Ambo Dalle
- Ulasan Empat Buah Buku Kiyai H. Abd.Rahman Ambo Dalle:
- AI-Qaul al-Sadiq Fi Makrifah al-Khlaiq
- Maziyyah Ahli Sunnah Wa al-Jamaah
- Syifa al-afidah min al-Tasyaum wa al-Tiyarah
- Rabbi j'alni Muqima al-Salah Fi Bayani Ahkam Wa Hikam al-Salah
Artikel yang berhubungan: